- Terbuka kepada semua institusi pengajian di peringkat Sijil dan Diploma.
- Tempoh pengajian minimum satu (1) tahun atau dua (2) semester.
- Keahlian Briged Bomba mesti sekurang-kurangnya 34 orang ahli untuk setiap institusi pengajian.
- Borang Permohonan Penubuhan hendaklah menggunakan Borang BB I hingga Borang BB V.
- Permohonan penubuhan Briged Bomba hendaklah melalui proses yang telah ditetapkan seperti di Carta Aliran di Rajah 3.
- Proses permohonan dan pemantauan penubuhan Briged Bomba adalah di bawah pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri.
Nota Penting: Semua syarat di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan kelancaran proses penubuhan Briged Bomba di institusi pengajian.