Logo Politeknik Malaysia

BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA

"Siap Sedia, Setiap Masa"
Logo Briged Bomba

OBJEKTIF

Objektif Briged Bomba

  • Memupuk nilai integriti serta meningkatkan kemahiran pembangunan holistik pelajar melalui elemen kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah.
  • Memupuk budaya keselamatan di kalangan ahli Briged Bomba bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan bebas dari bahaya kebakaran di institusi pengajian.
  • Mewujudkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara institusi pengajian dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  • Menanamkan minat untuk menjadikan kerjaya kebombaan sebagai kerjaya pilihan dan membentuk rangkaian budaya keselamatan di setiap peringkat.