Budaya keselamatan seharusnya dijadikan amalan dalam mewujudkan komuniti yang mempunyai kesedaran terhadap keselamatan kebakaran dan penyelamatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dipertanggungjawabkan untuk memantapkan lagi kaedah-kaedah sedia ada dalam menjadikan aspek keselamatan sebagai satu budaya dipupuk sejak dari peringkat institusi pengajian.
Justeru, JBPM telah bersetuju untuk menubuhkan Briged Bomba bagi peringkat sijil dan diploma di mana-mana institusi pengajian.
Penubuhan pasukan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal terhadap budaya keselamatan mengikut modul-modul yang telah dibina oleh JBPM yang bersesuaian dengan peringkat pengajian.