Logo Politeknik Malaysia

BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA

"Siap Sedia, Setiap Masa"
Logo Briged Bomba

PELUCUTAN KEAHLIAN

Perhatian! Pelucutan keahlian adalah tindakan serius yang akan diputuskan oleh pihak pengurusan Briged Bomba dan institusi.

Punca Pelucutan Keahlian

Ahli Briged Bomba akan dilucutkan keahlian sekiranya:

1
Pemberhentian Pengajian
Ahli Briged Bomba berhenti atau diberhentikan daripada pengajian di institusi yang dinyatakan.
2
Tindakan Tatatertib Institusi
Ahli Briged Bomba didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin institusi pengajian kerana melanggar mana-mana peraturan institusi pengajian.
3
Masalah Kesihatan Serius
Ahli Briged Bomba menghadapi masalah kesihatan yang serius dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan berdaftar.
Tertakluk kepada pertimbangan institusi dan JBPM Negeri.
4
Kegagalan Menghadiri Latihan
Ahli Briged Bomba gagal menghadiri sekurang-kurangnya atau lebih daripada 80% daripada jumlah jam latihan atas pertimbangan Penyelaras institusi.

Keputusan Pelucutan

Sebarang keputusan pelucutan keahlian adalah muktamad dan akan direkodkan dalam sistem keahlian Briged Bomba. Ahli yang dilucutkan keahlian tidak lagi berhak menggunakan sebarang kemudahan atau pengiktirafan sebagai anggota Briged Bomba.

Notis pelucutan keahlian akan dikeluarkan secara bertulis kepada ahli berkenaan.

Rayuan

  • Ahli yang keahliannya dilucutkan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Pengerusi Briged Bomba dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis pelucutan.
  • Rayuan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Briged Bomba untuk pertimbangan akhir.
  • Keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi.